Sejarah

Sekolah Tabika Kg Orang Asli Bakar Batu,Skudai secara rasminya telah dibuka pada 16.Januari 2001.Sekolah ini terletak disebuah perkampungan Orang Asli Seletar yang berhampiran dengan bandar Johor Bahru.Bangunan sekolah telah dibina oleh Jabatan hal Ehwal Orang Asli dan telah dilengkapi dengan alatan perabut dan kelengkapan pebelajaran.Pn Marfarzilla binti Asman merupakan Pemaju Masyarakat yang diberi tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada anak-anak orang asli di kampung ini.Sehingga kini telah ramai anak-anak orang asli kampung ini telah mengikuti pembelajaran di sekolah ini.Antara tujuan pembukaan sekolah ini adalah untuk merapatkan jurang buta hurup dikalangan anak-anak orang asli  berbanding masyarakat sekitar.

*************************************************************************************
Orang Seletar
Orang Seletar atau ’Sea Gypsies’ pada awalnya merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai yang tinggal dalam rumah perahu, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Kawasan utama pertempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara Singapura seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Baharu. Secara tradisinya mereka bergantung hidup kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Terdapat mereka yang mengusahakan kedai makanan laut (seafood). Kini mereka tinggal dan menetap di kawasan penempatan yang lebih teratur dan tersusun di persisiran pantai selat Johor.